Lokasi Gathering Reunion Kali Ke-2 2009

sembang2

Sunday, July 20, 2008

Mesyuarat Reunion SKKP86-91@Kenanga Bil 2/2008

Assalammualaikum,



Alhamdulillah Mesyuarat yang lalu terlaksana jua.. maaflah jika terlambat hantar gambar2 ini kerana pada mulanya sangkaan aku gambarnya tiada tapi adalah sedikit untuk dikongsi bersama. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Azlina, Yazid, Marzida, Rosmah, Norsliha, Azian dan Maslinda.

Agenda yang dibincangkan ialah bajet, tarikh reunion, lokasi dan tugas2 AJK seterusnya yang perlu dilaksanakan. Bahagian aku ialah untuk mencari lokasi reunion tersebut dan aku telahpun mendapatkan sebut harga tersebut untuk rujukan. Setelah mendapat maklumbalas dari semua pada mesyuarat tempoh hari dapatlah tarikh berikut 1 November 2008 atau 29 November 2008. Rosmah dan Nosliha juga akan dipertanggungjawabkan untuk mengutip duit. Harap ada yang sudi membantu untuk menyediakan peralatan telematch dan hadiah2 tersebut.

Hasil dari undian di blog dan kami telahpun mendapat maklumbalas daripada yang tidak hadir seperti Azmi, Hasrul, Uzailly dan yang lain2 dan semua bersetuju untuk memilih 29 November 2008 ini.

Lokasi yang dicadangkan adalah seperti post2 yang anda terima sebelum ini.. jika ada cadangan lain yang membina, amatlah dialu2kan.

Terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan mesyuarat kali ini, mesyuarat terakhir bagi tahun ini akan diadakan pada bulan syawal nanti.. so siapa2 yg buat open house digalakkan menjadi penganjur hehe..

Semoga segala perancangan percutian keluarga ini akan berjalan dengan lancar...











1 comment:

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Aduhai.. comel2 anak2 kalian.. mestila, kan? Ikut mama & papa diorang.. :)