Lokasi Gathering Reunion Kali Ke-2 2009

sembang2

Tuesday, May 27, 2008

Kenangan bersama.. Marzida & Maslinda di waktu subuh



Assalammualaikum,

FYI, gambar nie bukan diambil di waktu malam tapi di awal pagi..subuh2 tu.. Masa tu sempat bergambar sementara menunggu bas sekolah yang telah disediakan.. 8 tahun la berulang sekolah.. form 4 baru aku pindah ke Desa Pandan.. Tapi tak sure la masa nie form bape form 3 kot..

Aku ngan Maslinda nie memang akrab la dari dulu sekolah rendah sampai la.. sekolah menengah tapi masa form 1 aku tak sama kelas dengan dia.. rasanya masa form bape ntah yang sama.. Sekolah tu pelik tiap2 tahun rombak tukar kelas konon ikut prestasi la.. erm apa2 lah.. Form 4 dia amik akaun aku amik perdagangan.. Aku masa form 4 banyak sangat main tak belajar betul2.. kira minat aku pada sains masa tu dah terkubur..

Masa aku form 1 dulu satu kelas ngan Shahida Irma.. tapi dia dapat tawaran sek agama cheras bt. 10 tak lama pada itu.. lepas tu tak tau apa cerita.. tup2 masa form 4 dia masuk balik tau puterijaya nie..

Friday, May 23, 2008

6 Kenanga Sek Keb Kg. Pandan 1991




Salam,

Gambar ini adalah ihsan dari simpanan Ina & Yazid.. yang dia pernah scan suatu masa dulu.. ada gambar lain lagi.. nanti aku soh dia bawak masa meeting scan kt rumah aku jer la..

Nanti aku akan masukkan nama budak2 kelas kita nanti.. aku belum jumpa majalah aku letak mana hehe.. almaklum asek pindah rumah jer..

Thursday, May 22, 2008

Rosmah Ahmad Jamli

Masih ingat budak perempuan yang banyak cakap ni.. kalau bercerita dengan dia memang tak kering gusi.. budak comel yang putih2 orangnya.. skang dah besar dah tau..

Inilah gambar terbaru Rosmah.. still single.. happy go lucky..
Mesti orangnya tinggi sebab dulu aku memang rendah dari dia huhu..

Buat Rosmah jangan membujang lama2..

Adios.

Wednesday, May 21, 2008

Still remember this song?

Hai semua,

Masihkah ingat akan lirik ini? Aku masih ingat lagi cikgu kita suruh kita nyanyikan lagu ni di hari terakhir persekolahan kita.. lagu nie memang nostalgia buat kita semua...

Aku masih ingat sewaktu cikgu tulis di papan hitam.. dan minta kita bangun dan nyanyikan lagu itu beramai-ramai dan ada yang kawan kita tak dapat menahan sebak di dada lalu menangis...

Harap kalian semua janganlah sedih pula ya.. kita masih dapat berjumpa jika kesampaian..

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

( korus 1 )
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

( korus 2 )
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

( ulang korus1, korus2 )

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir

Monday, May 19, 2008

Cikgu kami yang dihormati..


Inilah gambar cikgu kita yang terbaru.. bagi yang belum pernah berjumpa cikgu selepas tamat zaman sekolah rendah.. pasti terkejut macam aku ini kerana cikgu tak macam dulu dah berisi sedikit.. hmm kalau selisih la.. pasti tak perasan.. hensem tu tetap sama jek..

Ingat tak zaman sekolah dulu? Sewaktu kita semua kena sepit guna sepit baju kayu tu huhu.. Itulah saat yang paling tak boleh dilupakan.. lihat kawan2 semua kena kat telinga, hidung.. sampai merah.. sendiri kena baru tahu rasa dia.. Rasanya cikgu sekarang masih mempraktikan hukuman tu ke? Yalah budak zaman sekarang nie kan tak sama cam kitowang dulu hehe.. Selain tu kita kena makan cili la.. sampai berair lah mata kawan2 kita hehe..

Walaupun berat rasa kita nak meninggal SKKP waktu itu.. kerana ada di antara kita akan terpisah jauh kerana sekolah yang berbeza.. harapanku semoga kita dapat berkumpul kembali bersama cikgu mengimbau kenangan silam...

Okay kalau kalian semua ada gambar terkini bersama keluarga ke masih solo ke.. hantarlah pada aku boleh kita kongsi bersama cikgu dan teman yang lain..

Okay,

Wassalam.


Salam permulaan..

Assalammualaikum,

Kepada semua sahabat-sahabat lama yang sudah lama tidak berjumpa di harap kalian semua sihat sejahtera disamping keluarga tersayang.. Aku ni bab mengarang memang failed la.. so siapa yang rasa pandai tu kan.. boleh lah bg emel aku assign jadi moderator boleh? Hantarlah apa-apa makluman yang korang nak buat. Aku berharap sangat walaupun kita sudah ada life masing2 tapi kita dapat luangkan masa berkumpul di blog ini dan meninggal pesanan ringkas supaya silaturahim kita bertambah kuat dan berkekalan... Aku plan nak buat reunion untuk kelas kita so.. aku bagi tarikh korang undi lah ek kt polls tu... okay semoga kita dapat bersama-sama mengimbau kenangan yang lama..

Buat Cikgu kita Cikgu Adlan yang senantiasa dalam ingatan.. dikesempatan ini juga kami ucapkan 'Selamat Hari Guru.. jasa cikgu buat kami tak dapat kami balas buat selama-lamanya.. hanya ingatan tulus ikhlas dan senantiasa mendoakan kesihatan dan kebahagian cikgu sekeluarga.. Amin...'

Buat semua ummi, ibu, mama, mak dan sewaktu dengannya.. 'Selamat Hari Ibu... buat kalian semua semoga jadilah ibu yang mithali.. ingatlah tidak semua wanita dapat bergelar jadi ibu.. terimalah amanah yang tuhan beri dengan sebaik-baiknya..'