Lokasi Gathering Reunion Kali Ke-2 2009

sembang2

Saturday, June 14, 2008

Mesyuarat AJK Reunion Bil.1/2008

Salam semua,

FOA, aku memohon maaf kerana lambat menulis catatan mengenai mesyuarat yang lalu. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Rosmah, Nosliha, Yazid, Azlina dan aku sendiri di rumahku Putrajaya. Aku amat mengalu-alukan jika ada yang lain berminat memberi sokongan untuk menjayakan reunion kita ini buat julung-julung kali ini. Setelah berbincang dan selebihnya berborak sakan huhu.. kami pada mulanya telah memutuskan tarikhnya pada 31 Ogos 2008. Setelah dikaji2 semula tarikh tersebut sebenarnya ialah menjelang 1 Ramadhan.. Kami telah memutuskan untuk bertemu sekali lagi pada 29hb Jun ini untuk mendapat kata sepakat tarikh yang baru. Semasa mesyuarat tersebut kami juga berbincang mengenai tempat lokasi yang sesuai untuk reunion kali pertama ini.
Antaranya yang dicadangkan ialah:-
1. Sekolah (SKKP) yang kini namanya Sek Ren Tun Hussein Onn
2. Rumah cikgu
3. Tasik Perdana, KL
Jika kalian ada sebarang cadangan yang membina boleh diberikan dan amat dialu-alukan. Azlina & Yazid juga Nosliha ada berikan gambar2 untuk diimbas.. sudahpun aku upload ke dalam blog ini.. jika ada yang tertinggal tu harap dapat maklumkan.. Kami juga telah berikan nama di dalam gambar kelas kita. Hanya dua nama yang tidak tahu, jika ada yang tahu nama orang yang bertanda (?).. harap sangat-sangat beritahu kami ini.
Langkah seterusnya aku akan masukkan number contact yag ada dalam simpanan kami sedikit masa lagi beserta tempat tinggal terkini. Nama-nama mereka termasuklah bekas murid kelas kenanga dari darjah 1 hinggalah darjah 6. Nama yang tiada dalam gambar kelas 6K antaranya ialah Ajis b. Fathan, Sabrina b. Hakim, Shahril, Norainum Wahidah (Enon).Jika ada yang teringat budak-budak kelas kita yang telah meninggalkan sekolah atau bertukar sekolah harap dapat beri maklumat.
Kejayaan kita dalam menyatukan semula silaturahim ini amatlah bermakna bagi kita semua.. Semoga Allah merahmati usaha murni ini dan memakbulkan doa-doa kita semua..Amin..
Gambar sewaktu mesyuarat ini akan dikemaskini kemudian kerana belum lagi dipindahkan ke PC dan masih berada ditangan suamiku hehe.. Harap berjumpa kalian lagi.. terima kasih kepada semua yang menjayakan mesyuarat dan reunion kita ini..

Aku updatekan sini lagi.. kami telah bersepakat untuk mengambil caterer sahaja.. untuk bayaran sekepala nanti kami akan dapatkan harga yang sebenar dan akan maklumkan pada kalian kemudian.







Azmi's Family



Dalam pencarian teman-teman kita.. Azmi telah muncul dan telah mengirim gambar ini buat tatapan kita semua. Gambar berdua Azman dan Azmi tu aku sendiri tak pasti yang mana satu Azmi dan Azman. Jika Azmi aku rasa yang baju biru cair tu la sebab dia tinggi.. entahlah nanti kita tanya tuan empunya diri dulu ya..

Budak kembar yang dulunya menceriakan kelas kita ini.. kadangkala jika bergaduh membuatkan suasana kelas kita hingar bingar juga..

Azmi masih lagi di Kampung Pandan.. azman pun sama.. Azman masih solo..Azmi sudahpun berkahwin aku rasa dia yang terawal ke jinjang pelamin di antara kita semua.. Dikurniakan sepasang hero dan seorang heroin, anak yang pertama Muhammad Haikal Nazmi Bin Azmi 9thn, kedua Nur Atiqah Azmiera Binti Azmi 7thn dan yang ketiga Muhammad Hakimie Nazmie Bin Azmi 5thn. Isterinya bernama Putrie Asmarra @ Emmie Bte Che Nan boleh dipanggil dengan nama Amy.






Ina & Yazid's Family
















Pasangan yang amat kita kenali ini.. adalah satu-satunya pasangan kelas kita yang telah mengikat tali kasih mereka. Bibit percintaan sebenarnya baru bermula setelah habis alam persekolahan begitulah katanya.. namun sepertimana yang kita sedia maklum semasa di sekolah rendah lagi mereka ini sering digosipkan bersama. Kalau dah jodoh itulah namanya..

Mereka telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 31 ogos 2001. Alhamdulillah telah dikurniakan 3 orang cahaya mata sepasang heroin dan seorang hero yang comel2 belaka. Anak yang pertama Nur Nabilah 6thn, kedua Nur Najihah 4thn dan ketiga Muhammad Naufal 1thn4bln. Sekarang mereka tinggal di Cheras.

Kenangan manis..