Lokasi Gathering Reunion Kali Ke-2 2009

sembang2

Friday, December 26, 2008

Do'a Akhir Tahun dan Do'a Awal Tahun

DOA AKHIR TAHUN

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun".























DOA AWAL TAHUN


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Sunday, November 30, 2008

Reunion ex-SKKP Kelas Kenanga 1986-1991 (29 November - 30 November 2008)

Assalammualaikum w.b.t.,

Buat teman2 semua.. maaf sekiranya agak terlambat aku membuat ulasan pada pertemuan kita tempoh hari. Apa yang boleh ku katakan, sangat terharu dan amat berterima kasih kepada yang semua yang hadir tempoh hari. Idea mengadakan pertemuan ini adalah daripada cetusan Yazid dan Azlina... akhirnya kami berempat inilah termasuk Rosmah dan Leha telah bersepakat untuk mengadakannya pada tahun ini. Terima kasih kepada yang lain juga yang turut membantu memberi sokongan dan terutama cikgu kita yang telah mengorbankan masanya buat kami. Alhamdulillah kewujudan 'keluarga kita' ini dapatlah kita berhubung di ruangan maya ini..

Terimbau kembali kenangan2 diwaktu di sekolah rendah dahulu, amat tersentuh sekali sewaktu bertemu dengan teman2 terutama ada yang tidak pernah bertemu selama 17 tahun. Masing2 ada yang sudah berkeluarga, cuma yang masih solo lagi.. Ajis, Rosmah, Norsliha dan Aini Hayati.. moga2 dipertemukan jodoh mereka.. Amin. Buat mereka2 yang tidak hadir, insyaallah jika berkesempatan kita akan buat lagi pada tahun depan. Bekas guru yang hadir pada Reunion Kali Pertama ini ialah Cikgu Adlan Mohd Ali dan bekas murid pula terdiri daripada Marzida Hashim, Rosmah Ahmad Jamli, Norsliha Mat Nayan, Mohd Yazid Rafiee, Norazlina Aziz, Ali Kurtubi, Roslan Khamis, Ajis Fatan. Nama2 tadi adalah bekas murid yang bermalam di Hotel tersebut. Hasrul Sani, Mohd Sofi Muda dan Uzailly Ahmad pula tidak dapat meluangkan masa bermalam atas sebab2 tersendiri. Bukan bekas murid yang hadir ialah sepasang suami isteri iaitu adik kepada Roslan yang sudi hadir memeriahkan lagi percutian kami. Bekas murid yang tidak hadir ialah Nor Azian Moh Nor, Kamarudin Saiti, Maslinda Meor Atan Ahmad, Rosukmawati Ali, Radziah Abdul Kadir, Azman Shahruddin dan Azmi Shahruddin atas sebab2 tertentu dan maaf. Bak kata cikgu 'Kelurga Kami' telah pun bersatu semula.. moga blog ini @ Keluarga Kita dapat menjadi penyambung ukhwah kita yang berpanjangan hendaknya..



Hari Pertama : 29 November 2008 (Sabtu)

Aku mulakan dengan cerita konvoi kami yang pada mulanya dirancang di R & R Awan Besar, Lebuhraya KESAS. Namun begitu atas faktor lain dan sebenarnya tak diduga sama sekali.. kami telah berkumpul dia Masjid Putra, Putrajaya. Cikgulah orang yang pertama sampai di Masjid pada jam 11.00 pagi, kemudian kami yang kebetulan Rosmah, Norsliha dan Aini Hayati memang sudah berada dirumahku bergegas ke Masjid. Kemudian Yazid dan Azlina sampai dan diikuti Ali yang telah mengetuai konvoi kami itu. Kami bertolak daripada Masjid Putra pada jam 12.15 tengah hari dan sebanyak 5 buah kereta berkonvoi bersama-sama. Terima kasih banyak2 pada Ali kerana telah membawa kami dengan jayanya ke tempat percutian iaitu Hotel Impian Morib, Banting.




Perut masing2 sudah berkeroncong dan setiba kami berada di banting Ali membawa kami ke tempat makan di sekitar Banting. Selesai makan jam sudah menunjukkan 1 lebih dan kami meneruskan perjalanan kami ke destinasi yang ditunggu2 Hotel Impian Morib. Akhirnya kami telah sampai pada jam 2.10 petang dan seterusnya mendaftar masuk penginapan. Suasana Hotel di pinggir kota yang damai itu merehatkan kami yang rata2 dari KL dan Putrajaya. Seterusnya aktiviti yang sepatutnya bermula jam 4.30 petang ditangguh hingga jam 5.00 petang untuk menunggu yang lain2 yang belum tiba. Roslan datang sendiri bersama keluarganya dan tiba dalam jam 4 petang, kami masih ternanti2 Hasrul dan Mohd Sofi manakala Kamarudin tidak dapat hadir. Uzailly telah memaklumkan terlebih dahulu yang dia tiba agak lewat dari Melaka dan hanya berpeluang menghadiri dan menjadi Pengerusi Majlis pada acara malam itu nanti.



Sukaneka Kanak2

Alhamdulillah cuaca agak baik pada petang itu, hendak ikutkan pada hari sebelum2nya yang hujan sahaja di waktu petang. Alhamdulillah berkat doa kita semua acara sukaneka petang itu berjalan dengan baik sekali. Walaupun kami agak kecewa rupanya hotel tersebut ada buat penambahbaikan dan kerja2 sedang dilakukan dalam keadaan kurang selesa. Nasib baik juga pada jam 5 petang, kerja2 tersebut dihentikan. Kami mengambil peluang tersebut menggunakan padang rumput yang agak terhad untuk kami buat aktiviti sukaneka tersebut. Kanak2 lah yang paling seronok, dan mata mereka hanya asyik melirik pada kolam renang yang terletak bersebelahan sahaja. Sementara menunggu Sofi dan Hasrul kami memulakan acara sukaneka kanak2 iaitu memasukkan air dalam botol dan bawa bola dalam sudu. Seronok sekali melihat kanak2 dan telatah mereka yang menghiburkan. Kanak2 ini terdiri daripada anak aku Syahmi, Syaza dan Mirza, Anak Yazid/Azlina Nabila, Najiha dan Naufal, Anak Roslan (Nanti aku tanya nama) ? dan ?. dan anak Ali Aisy.



Lihat sahaja gelagat kanak2 yang masing2 bersemangat untuk memulakan acara. Bagi acara Masukkan air dalam botol dimenangi oleh 1st: Nabila 2nd:Najiha dan 3rd: Syahmi. Acara Bawa Bola Dalam Sudu pula digondol eleh 1st: Syahmi 2nd: Syaza 3rd:?.Walaupun acara kanak2 ini sigkat tapi kami rasa kanak2 ini sangat terhibur dan terima kasih kepada Rose Dan Leha kerana memberi sumbangan jajan2 untuk anak2 ini.


Tengoklah si ibu yang turut membantu anak-anak mereka.. Antara video yang sempat diambil.



Sukaneka Dewasa

Orang yang dinanti2kan tidak kunjung tiba kami terpaksa meneruskan permainan untuk orang dewasa pula. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan Merah dan Kumpulan Hitam yang sememangnya memakai warna baju kumpulan masing2. Terima kasih kerana rata2 semua sporting dan memberi kerjasama yang jitu. Kumpulan Merah terdiri daripada Cikgu Adlan, Nizam (Marzida's Husb),Yazid, Aini Hayati, Kamarudin, Rozie (Ali's Wife) Adik Roslan dan Adik Ipar Roslan. Kumpulan Hitam pula terdiri daripada Marzida, Ajis, Azlina, Roslan, Roslan's Wife dan Ali. Walaupun tidak seimbang kerana ada ahli kumpulan hitam yang tidak hadir, Norsliha yang merupakan Fasilitator pun terpaksa join sekali untuk mencukupkan korum.



Acara pertama dimulakan dengan mengikat belon pada kaki dan setiap pasukan haruslah mempertahankan belon masing2 supaya tidak pecah. Ternyata taring kumpulan merah menyerlah pada sukan ini. Acara kedua pula membaling getah pada kotak yang sungguh comel, kumpulan yang paling banyak getah memenuhi kotak kumpulannya adalah pemenangnya. Ternyata kumpulan hitam menampilkan kejaguhannya apabila menumpaskan kumpulah merah.




Kemudian acara ketiga disambung, acara inilah yang dinanti2kan oleh semua peserta iaitu Teka dan Lukis. Pelbagai gelagat yang dapat dilihat, tidak kurang juga gelak tawa kami yang tidak henti2. Peserta diberi klu dan diminta melukiskannya dan ahli kumpulan lain akan meneka apa yang dilukisnya. Antara klu yang ada bangunan, kartun, movie, dan pepatah. Lihat sahaja video di bawah ini kalau tak percaya hehe..







Akhir sekali acara menyusun puzzle, erm yang ni debar2 juga sebab tak tahu apa gambar yang akan kami cantum2kan. Bila dapat tugasan ini kami semua bergerak engikut kumpulan masing2 mencari port yang sesuai.. Apabila dibuka sampul.. rupa2nya perkataan2 nama2 yang sememangnya susah untuk dicantumkan. Akhirnya kumpulan hitam pasrah apabila kumpulan merah dapat menamatkan acara ini dan berjaya membuat cantuman. Kumpulah hitam hehe terkebil2 juga la...



Kami mengambil kesempatan ini untuk mengambil gambar keluarga yang terdiri daripada Keluarga Ali, Marzida, Roslan, Adik Roslan dan Yazid & Ina.



Gambar kenangan di bawah ini diambil oleh pekerja berketurunan bangla.. erm penat kami posing ni tau sebab ingat dia tak ambil.. rupa2nya banyak gambar yang diambil huhu...



Aik, ada apa di atas sana!

Aktiviti Bebas Keluarga


Apabila masing2 sudah berpenat lelah, kanak2 pun dari tadi asyik pandang sahaja ke arah kolam ini. Masing2 apa lagi..



Senja pun sudah menjelma masing2 kembali ke bilik masing untuk membersihkan diri, bersolat dan menyiapkan diri untuk makan malam yang dinanti2kan. Pintu aku diketuk, rupa2nya Yazid dan dua orang teman.. Hasrul memang aku sudah kenal sebab penah lihat gambarnya, lagi sorang ni aku tak ingat lansung.. tiba2 nama Uzailly pula yang terkeluar. Tergelak besar la masing2 hehe.. baru tau itu Sofi. Ternyata memang berubah betul muka dia.. teringat lagi dia tu amat nakal sekali dikelas kita. Rupa2nya Sofi dan Hasrul sesat dalam perjalanan ke sini, kesian dorang kan..



Majlis Penyampaian Cenderahati dan Hadiah

Inilah malam yang ditunggu2, di mana ada diantara teman kita yang tidak dapat bermalam dan mengikuti aktiviti waktu petang berkumpul. Uzailly telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi Pengerusi malam tersebut. Majlis dimulakan dengan Ucapan bekas guru Cigu Adlan.



Seterusnya Pengerusi meminta setiap bekas murid pula memberi ucapan sedikit sebanyak mengenai kerjaya dan keluarga masing2.



Majils seterusnya menyampaikan hadiah kepada kanak2 yang menang pada sukaneka tersebut.



Majis seterusnya mengumumkan pemenang bagi acara sukaneka tersebut. Kumpulan merah yang sememangnya menyerlah itu memenangi sukaneka itu, namun begitu bagi pasukan yang kalah tidak dihampakan kerana turut juga mendapat hadiah.





Tidak lupa juga cenderahati diberikan kepada cikgu kita bersama frame gambar kelas 6K yang diambil pada tahun 1991. Bagi bekas murid frame gambar yang bersaiz 8R yang sama dijadikan cenderahati. Aku sebagai wakil urusetia memohon maaf kerana tidak dapat menyelitkan gambar Ajis.. jangan marah yer..



Kemudian kami dikehendaki mencari sabun yang disorokkan di sekitar coffee house dan hadiahnya berupa sekeping baucer KFC yang ditaja khas oleh Azian. Terima kasih kepada Azian walaupun tidak dapat hadir dapat juga memberi sumbangan tersebut.





Setelah selesai menjamu selera, kami semua keluar untuk bergambar bersama-sama. Sedih juga kerana terpaksa berpisah bagi mereka yang tidak dapat bermalam dan terpaksa pulang malam itu juga.











Murid2 perempuan bersama cikgu.



Inilah jejaka dan dara yang masih bujang.

Bekas murid lelaki dan cikgu.


Hari Kedua : 30 November 2008 (Ahad)

Nyenyak betul tidur semalaman sebab memang betul2 kepenatan. Awal2 pukul 7.30 aku, Rose dan Leha sudah berada di coffee house untuk minum pagi. Sementara menunggu yang lain tiba kami makanlah dulu hehe.. kemudian barulah nampak batang hidung yang lain. Rancak betul kami berborak sehingga tidak sedar begitu lama sekali kami berada di coffee house, inilah masa yang ada untuk kami dapat berborak sakan.

Pada jam 12.30 kami check-out dan mencari tempat untuk makan tengah hari. Ali membawa kami ke Pantai Morib berdekatan dan ada gerai2 yang banyak berhampiran dengan pantai. Ada juga pakaian, cenderahati, mainan kanak2 dan macam2 lagi yang dijual.


Namun malang sekali bagi kami kerana mendapat gerai yang lambat sangat menghidangkan air sekali pun. Nak sahaja kami bantu bagi mempercepatkan layanan mereka ini. Ajis kelihatan agak tensen sekali hehe.. mana taknya dia lah yang paling akhir sekali mendapat nasinya. Cuma keluarga Roslan dan adiknya sahaja yang tidak bersama kami kerana terpaksa balik dahulu. Setelah makan kami masing2 ke Masjid berhampiran menunaikan solat zohor.

Kemudian kami memulakan konvoi untuk pulang, destinasi kami ke Putrajaya kemudian berpisah di situ. Tak sangka pula sampai kerumahku.. Mula2 kami ingat Ali akan bawa yang lain untuk menunjukkan jalan keluar Putrajaya, tapi masing2 ikut kami pula sampai ke rumahku. Disitulah kami mengakhiri pertemuan dan memang terasa sebak masing2 untuk mengakhirinya. Cikgu mengucapkan terima kasih dan kami semua saling bersalam2an. Terima kasih buat cikgu kerana telah berlanja kami makan pada kedua2 hari waktu makan tengah hari. Pertemuan kali pertama itu akan kami abadikan dan menjadi titik permulaan keluarga kami.

Sekian wassalam.. (Habis juga cerita ni kan hehe...)

Monday, November 24, 2008

Tentatif Program Trip Reunion ex-SKKP Kenanga 86-91 ke Hotel Impian Morib

FASILITATOR:

  1. Rosmah
  2. Norsliha


KUMPULAN 1 : BAJU MERAH

  1. Cikgu Adlan
  2. Nizam (Marzida's Husb)
  3. Yazid
  4. Aini Hayati
  5. Hazrah (Adik Marzida)
  6. Kamarudin
  7. Hasrul
  8. Ali's Wife
  9. Adik Ipar Roslan
KUMPULAN 2 : BAJU HITAM
  1. Marzida
  2. Ajis
  3. Azlina
  4. Roslan
  5. Roslan's Wife
  6. Uzailly
  7. Mohd Sofi
  8. Ali
  9. Adik Roslan

29 NOVEMBER 2008 (SABTU)

11.30 tgh - 12.30 tgh :
Berkumpul untuk konvoi beramai-ramai

Lokasi : R & R Awan Besar (Lebuhraya KESAS)

Berhenti untuk Makan tengah hari

12.30 tgh :
Bertolak ke Hotel Impian Morib, Banting

2.00 ptg :
Daftar masuk penginapan
Lokasi : Lobi Hotel Impian Morib

2.00 ptg - 4.00 ptg :
Pendaftaran
Lokasi : Lobi Hotel Impian Morib
Aktiviti bebas keluarga

4.30 ptg - 7.00 ptg :
Sukaneka

7.00 ptg - 8.00 mlm :
Solat dan persiapan

8.00 mlm :
Makan Malam
Lokasi: Coffee House

10.00 mlm - 12.00 tgh mlm:
Penyampaian Cenderahati

Aktiviti Bebas



30 NOVEMBER 2008 (AHAD)

7.30 pg - 9.00 pg:
Sarapan Pagi
Lokasi : Coffee House

9.30 pagi - 11.30 tgh:
Aktiviti bebas keluarga

12.00 tgh :
Daftar keluar penginapan
Lokasi : Lobi Hotel Impian Morib

1.00 ptg:
Bertolak pulang

Thursday, November 13, 2008

Hasrul Sani's Family




















Salam,

Bekas ketua darjah kita dahulu.. orangnya kecik cam dulu gak.. hehe..

Lamo ambo kecek2 ngan hasrul ni atau nama glamour sekarang ayoi.. akhirnya dia share juga gambar dia ni buat tatapan kita semua. Lama dah takda sesuatu untuk dijamu dalam blog kita ni.
Saper yang nak belajar memandu bolehlah tanya cikgu kite nie. Sudahpun berumah tangga pada tahun baru cina yang lalu..dan menetap di Sg. Buloh dan isterinya bernama Roszila..

Friday, October 31, 2008

Lokasi Trip Reunion 2008 ex-SKKP 86-91 (29 & 30 Nov 2008)

Assalammualaikum,

Senarai nama yang telah mengesahkan kehadiran:

Dewasa:
  1. Cikgu Adlan
  2. Marzida
  3. Nizam (Marzida's Husb)
  4. Ajis
  5. Yazid
  6. Azlina
  7. Rosmah
  8. Norsliha
  9. Aini Hayati
  10. Hazrah (Adik Marzida)
  11. Roslan
  12. Roslan's Wife
  13. Uzailly
  14. Kamarudin
  15. Hasrul
  16. Mohd Sofi
  17. Ali
  18. Ali's Wife
Kanak2:
  1. Syahmi (Anak Marzida) 5 thn
  2. Syaza (Anak Marzida) 4 thn
  3. Mirza (Anak Marzida) 2 thn
  4. Nabila (Anak Yazid & Ina) 6thn
  5. Najiha (Anak Yazid & Ina) 5thn
  6. Naufal (Anak Yazid & Ina) 1thn
  7. Anak Roslan 5thn
  8. Anak Ali 5thn
Sekejab sahaja masa berlalu, dalam tak sedar kita sudahpun menghampiri bulan November.. seperti yang kita nanti2kan..

Di sini diberikan lokasi reunion tersebut berserta peta:


Jumpa DISANA!!!!

Panggilan Mesyuarat AJK Reunion Bil.3/2008

Assalammualaikum,

Sukacita dimaklumkan bahawa kita akan mengadakan mesyuarat pada ketentuan seperti berikut:

Tempat : Rumah Yazid & Ina
Masa : akan diberitahu kelak
Tarikh : 9 November 2008 (Ahad)
Agenda :
- Menyusun aturcara
- Hadiah

Semua yang ingin menjayakan reunion ini dijemput hadir untuk sesi ini kerana kami amat memerlukan sokongan dan idea semua yang bernas.

Saya amat berharap kalian semua sudi untuk memberi pandangan dan meluangkan masa di Mesyuarat itu nanti.

Sekian terima kasih.

Da Wassalam.

Kita jumpa disana!!!

Friday, August 22, 2008

Reunion ex-SKKP 86-91 @ Hotel Impian Morib, Banting

Assalammualaikum,

Baru hari ini aku dapat sebut harga untuk Hotel Impian Morib, Banting. Sebenarnya dia ade pakej menarik tetapi memandangkan kita tidak sampai 30 orang maka tak dapatlah ambil pakej tersebut. Seperti yang diketahui kami harus memungut duit deposit untuk tempahan hotel tersebut selewat-lewatnya 25 Ogos 2008 (Isnin). Harap semua dapat memberi kerjasama dan bank-in ke akaun Norsliha MBB 114039374303 sebelum tarikh di atas.


MAAF TERDAPAT PERUBAHAN PADA HARGA MAKANAN, SEBAB HARI TU AKU HANYA DAPAT HARGA DARI MULUT DIA SO HARGA SEBENARNYA BARU DAPAT SEBUT HARGA BARU BILA AKU MINTA UNTUK BUAT RESERVATION.

Boleh lihat dibawah ini:-

1. KADAR PENGINAPAN

a) Kadar Penginapan Hari Biasa

RM 180.00 bersih sehari / semalam ( Bilik Deluxe )

RM 140.00 bersih sehari / semalam ( Bilik Superior )

**Termasuk Sarapan Pagi untuk 2 orang

b) Kadar Penginapan Hujung Minggu / Cuti Umum / Cuti Sekolah

RM 210.00 bersih sehari / semalam ( Bilik Deluxe )

RM 155.00 bersih sehari / semalam ( Bilik Superior )

**Termasuk Sarapan Pagi untuk 2 orang

2. LAIN-LAIN BAYARAN ( sekiranya perlu )

Sarapan Pagi :

RM 15.00 bersih seorang ( Dewasa )

RM 8.00 bersih seorang ( Kanak-Kanak 6-11 tahun )

Makan Tengahari :

RM 20.00 bersih seorang ( Dewasa )

RM 10.00 bersih seorang ( Kanak-Kanak 6-11 tahun )

Makam Malam :

RM 23.00 bersih seorang ( Dewasa )

RM 12.00 bersih seorang ( Kanak-Kanak 6-11 tahun )

Makan Malam BBQ :

RM 45.00 bersih seorang ( Dewasa )

RM 23.00 bersih seorang ( Kanak-Kanak 6-11 tahun )

( minimum 35 orang Dewasa ke atas )

3. LAIN LAIN SEWAAN

a) Sewaan Karoake

RM 500.00 bersih ( dari jam 8.00 malam hingga 11.00 malam )

b) Bayaran Elektrik

RM 100.00 bersih ( sekiranya membawa set karaoke sendiri )

c) Sukaneka

RM 250.00 bersih ( termasuk jurulatih dan air minuman )

Harga pembayaran adalah seperti berikut:-

Keluarga (Suami+Isteri) Breakfast Dewasa 2 orang :-
Bilik RM155 + Dinner x 2 RM46 + RM30 (Hadiah) = RM231/pasangan
Kanak2 (6-11thn) Breakfast RM8 + Dinner RM12 = RM20/seorang

Single RM155 (Bilik Berdua) Breakfast Dewasa 2 orang :-
Bilik RM77.50 + Dinner RM23 + RM30 (Hadiah) = RM130.50/seorang

Single RM155 (Bilik Bertiga):-

Bilik RM41.70 + Breakfast RM15 + Dinner RM23 + RM30 (Hadiah) = RM109.70/seorang

Keluarga (Suami+Isteri) Bukan exSKKP - Breakfast Dewasa 2 orang :-
Bilik RM155 + Dinner x 2 RM46 = RM201.00/pasangan
Kanak2 (6-11thn) Breakfast RM8 + Dinner RM12 = RM20/seorang

Single RM155 (Bilik Berdua) Bukan exSKKP - Breakfast Dewasa 2 orang :-
Bilik RM77.50 + Dinner RM23 = RM100.50/seorang

Single RM155 (Bilik Bertiga Bukan exSKKP) :-

Bilik RM41.70 + Breakfast RM15 + Dinner RM23 = RM79.70/seorang


Contoh jadual baru pembayaran :-

Marzida, Rosukmawati & Roslan (Suami&Isteri):- Jumlah = RM231.00/sekeluarga
(Bln Ogos 50% RM115.50) + (September RM69.30) + (Oktober RM46.20) = RM231.00/sekeluarga

Azlina, Azian (Suami&Isteri+1 orang kanak2 6-11thn):- RM251.00
Bln Ogos 50% RM125.50 + September RM75.30 + Oktober RM50.20 = RM251.00/sekeluarga

Single (Bilik Berdua):- RM130.50
Bln Ogos 50% RM65.25 + September RM39.15 + Oktober RM26.10 = RM135.50/seorang

Single (Bilik Bertiga):- RM109.70
Bln Ogos 50% RM54.85 + September RM32.90 + Oktober RM21.95 = RM109.70/seorang

Keluarga (Suami&Isteri) Bukan ex-SKKP :- Jumlah = RM201.00
(Bln Ogos 50% RM100.50) + (September RM60.30) + (Oktober RM40.20) = RM201.00/sekeluarga

Single (Bilik Berdua) Bukan ExSKKP:- RM100.50
Bln Ogos 50% RM50.25 + September RM30.15 + Oktober RM20.10 = RM105.50/seorang

Single (Bilik Bertiga) Bukan ExSKKP:- RM79.70
Bln Ogos 50% RM39.85 + September RM23.90 + Oktober RM15.95 = RM79.70/seorang

RECREATIONAL FACILITIES

Swimming pool 4ft 3in adults, Children pool - Teambuilding obstacle, field for telematch, Gymnasium for body work out, Fishing at the hotel beach, Fishing trip advance arrangement with fee, Enjoying sunset at the beach.

ROOM RATE

Weekday :

Deluxe - RM 180.00 / room per night.
Superior - RM 140.00 / room per night.

Weekend :

Deluxe - RM 210.00 / room per night.
Superior - RM 155.00 / room per night.

* Harga Pakej akan dikemaskini kemudian setelah mendapat sebut harga hotel.

RESTAURANT

Facing the golf course, aircond, wide menu selection local & western selection of seafood. Menu served daily buffet - breakfast and lunch at affordable price.

AUDIO FACILITIES

PA System with microphone - cordless collar OHP and screen. Slide projector, LCD projector.

BUSINESS MATERIAL & KITS

Whiteboard, flipchart, paper & pencils.

HOTEL FACILITIES

- Swimming Pool
- Out Door Game
- Business Centre
- Restaurants
- Conference Room
- Convenience Shop
- Surau

Tuesday, August 5, 2008

Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang

Assalammualaikum,

FOA aku mohon maaf banyak2 sebab terpaksa mengambil tindakan drastik ini dengan mencadangkan tempat lain sebagai alternatif Casa Rochado, PD. Rata2 feedback yang aku terima melalui telefon sedih jugak ler.. sebab ada yang complain masa, jauh n tol. So aku cuba sedaya upaya sekarang ni dapatkan tempat yang lain.. Akhirnya aku bertemu dengan Hotel Seri Malaysia nie.. So korang kiralah sendiri ikut detail yang berikan ini:-

Aku rasa okay jugak sebab aku rasa ramai yang belum pernah sampai bagan lalang nie.. dulu pun aku ingat maser kecik2 jer gi ngn family day Mc'D.

Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang, Sepang(Klik Disini Untuk Lihat)

Masa Masuk & Keluar penginapan : Selepas jam 3.00 petang/ sebelum jam 1.30 petang

KADAR PAKEJ

Bilik Penginapan


RM140.00 bersih sehari semalam (Bilik Family Standard)
Termasuk sarapan pagi untuk 2 orang

RM150.00 bersih sehari semalam (Bilik Family Room)
termasuk sarapan pagi untuk 3 orang

RM120.00 bersih sehari semalam (Bilik Family Standard)
(Tidak termasuk sarapan pagi)

Makan Minum

Sarapan Pagi
- RM10.00 bersih seorang Dewasa
- RM 5.00 bersih seorang kanak2 6-11 tahun

Makan Tengahari
- RM18.00 bersih seorang Dewasa
- RM 9.00 bersih seorang kanak2 6-11 tahun

Makan Malam
- RM20.00 bersih seorang Dewasa
- RM10.00 bersih seorang kanak2 6-11 tahun

Makan Malam BBQ
- RM45.00 bersih seorang Dewasa
- RM25.00 bersih seorang kanak2 6-11 tahun

Lain2 Sewaan :-

@ RM600.00 - Dewan seminar/mesyuarat (bersih sehari)
@ RM200.00 - Peralatan Sukaneka beserta jurulatih
Air Kordial Sukaneka
@ RM600.00 - Sewaan set karaoke beserta dengan DJ

Lain2 Kemudahan
  • Kolam Renang
  • Bola Tampar
  • Fitness Station
  • Surau untuk 100 orang
  • Bola Jaring
  • Penyewaan Basikal
  • Ping Pong
  • Berhampiran Pantai
  • Trek Jogging
  • Sepak Takraw
  • Medan Ikan Bakar di Pantai
  • Video Games
Aku amat berharap kalian semua dapat luangkan masa mengisi borang pendaftaran tersebut. Kerjasama korang semua didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sunday, August 3, 2008

Radziah's Family







Assalammualaikum,

Ingat tak akan budak perempuan comel dan bermata bulat ni... akhirnya dapat juga aku hubungi radziah pada hari khamis tempoh hari.. setelah sekian lama mencari2.. Sekarang ni dia tengah berbadan dua.. dan akan meletup dalam hujung bln syawal nanti. Erm tak dapat lah dia join kita reunion nanti sebab dalam pantang..



Radziah telah melansungkan perkahwinan pada tahun lepas nanti aku akan update tarikh dia.. Kini menetap di Damansara.. Erm yang paling aku lupa sangat2 rupanya dia same sek ngan aku dulu kat SMKP hehe.. satu kelas lagi mase form 4.. cmne aku bole lupa ek.. sorry la radziah.. yala masing2 dah ada geng masing2.

Gambar kahwin ni aku ambil dari friendster husband dia hehe.. sebelum tu dia memang nak bagi gambar tapi dah kebetulan ada ni aku pun tak sabar2 nak share ngan korang. Radziah ni ada business sendiri menjalankan perniagaan advertising ni bersama suami tercinta. Semoga perniagaan dan perkahwinan mereka sukses selalu..

Sunday, July 20, 2008

Mesyuarat Reunion SKKP86-91@Kenanga Bil 2/2008

Assalammualaikum,



Alhamdulillah Mesyuarat yang lalu terlaksana jua.. maaflah jika terlambat hantar gambar2 ini kerana pada mulanya sangkaan aku gambarnya tiada tapi adalah sedikit untuk dikongsi bersama. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Azlina, Yazid, Marzida, Rosmah, Norsliha, Azian dan Maslinda.

Agenda yang dibincangkan ialah bajet, tarikh reunion, lokasi dan tugas2 AJK seterusnya yang perlu dilaksanakan. Bahagian aku ialah untuk mencari lokasi reunion tersebut dan aku telahpun mendapatkan sebut harga tersebut untuk rujukan. Setelah mendapat maklumbalas dari semua pada mesyuarat tempoh hari dapatlah tarikh berikut 1 November 2008 atau 29 November 2008. Rosmah dan Nosliha juga akan dipertanggungjawabkan untuk mengutip duit. Harap ada yang sudi membantu untuk menyediakan peralatan telematch dan hadiah2 tersebut.

Hasil dari undian di blog dan kami telahpun mendapat maklumbalas daripada yang tidak hadir seperti Azmi, Hasrul, Uzailly dan yang lain2 dan semua bersetuju untuk memilih 29 November 2008 ini.

Lokasi yang dicadangkan adalah seperti post2 yang anda terima sebelum ini.. jika ada cadangan lain yang membina, amatlah dialu2kan.

Terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan mesyuarat kali ini, mesyuarat terakhir bagi tahun ini akan diadakan pada bulan syawal nanti.. so siapa2 yg buat open house digalakkan menjadi penganjur hehe..

Semoga segala perancangan percutian keluarga ini akan berjalan dengan lancar...