Lokasi Gathering Reunion Kali Ke-2 2009

sembang2

Saturday, June 14, 2008

Mesyuarat AJK Reunion Bil.1/2008

Salam semua,

FOA, aku memohon maaf kerana lambat menulis catatan mengenai mesyuarat yang lalu. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Rosmah, Nosliha, Yazid, Azlina dan aku sendiri di rumahku Putrajaya. Aku amat mengalu-alukan jika ada yang lain berminat memberi sokongan untuk menjayakan reunion kita ini buat julung-julung kali ini. Setelah berbincang dan selebihnya berborak sakan huhu.. kami pada mulanya telah memutuskan tarikhnya pada 31 Ogos 2008. Setelah dikaji2 semula tarikh tersebut sebenarnya ialah menjelang 1 Ramadhan.. Kami telah memutuskan untuk bertemu sekali lagi pada 29hb Jun ini untuk mendapat kata sepakat tarikh yang baru. Semasa mesyuarat tersebut kami juga berbincang mengenai tempat lokasi yang sesuai untuk reunion kali pertama ini.
Antaranya yang dicadangkan ialah:-
1. Sekolah (SKKP) yang kini namanya Sek Ren Tun Hussein Onn
2. Rumah cikgu
3. Tasik Perdana, KL
Jika kalian ada sebarang cadangan yang membina boleh diberikan dan amat dialu-alukan. Azlina & Yazid juga Nosliha ada berikan gambar2 untuk diimbas.. sudahpun aku upload ke dalam blog ini.. jika ada yang tertinggal tu harap dapat maklumkan.. Kami juga telah berikan nama di dalam gambar kelas kita. Hanya dua nama yang tidak tahu, jika ada yang tahu nama orang yang bertanda (?).. harap sangat-sangat beritahu kami ini.
Langkah seterusnya aku akan masukkan number contact yag ada dalam simpanan kami sedikit masa lagi beserta tempat tinggal terkini. Nama-nama mereka termasuklah bekas murid kelas kenanga dari darjah 1 hinggalah darjah 6. Nama yang tiada dalam gambar kelas 6K antaranya ialah Ajis b. Fathan, Sabrina b. Hakim, Shahril, Norainum Wahidah (Enon).Jika ada yang teringat budak-budak kelas kita yang telah meninggalkan sekolah atau bertukar sekolah harap dapat beri maklumat.
Kejayaan kita dalam menyatukan semula silaturahim ini amatlah bermakna bagi kita semua.. Semoga Allah merahmati usaha murni ini dan memakbulkan doa-doa kita semua..Amin..
Gambar sewaktu mesyuarat ini akan dikemaskini kemudian kerana belum lagi dipindahkan ke PC dan masih berada ditangan suamiku hehe.. Harap berjumpa kalian lagi.. terima kasih kepada semua yang menjayakan mesyuarat dan reunion kita ini..

Aku updatekan sini lagi.. kami telah bersepakat untuk mengambil caterer sahaja.. untuk bayaran sekepala nanti kami akan dapatkan harga yang sebenar dan akan maklumkan pada kalian kemudian.







2 comments:

rose79 said...

Huhhhh....memang riuh rendah bila kita berjumpa..Nie baru 5 org yg bertemu, kalu ramai aper laaa jadik yek?....heheheheheheheeee..Perjumpaan kat rumah Marzida nie memang best. Terima kasih Marzida coz ko susah2 sediakan makanan utk menjamu kitaorg nie. Harap2 perbincangan untuk mengadakan "Reunion" nie berkembang maju. Harap jugak semua dapat menjayakan reunion nie.......

Anonymous said...

hmm..memang nampak meriah. kalau ramai lagi yg hadir, tentu lbh gamat! smga hubungan kalian yg tjalin sentiasa murni & harmoni, ibarat bersaudara/berkeluarga besar..