



Pasangan yang amat kita kenali ini.. adalah satu-satunya pasangan kelas kita yang telah mengikat tali kasih mereka. Bibit percintaan sebenarnya baru bermula setelah habis alam persekolahan begitulah katanya.. namun sepertimana yang kita sedia maklum semasa di sekolah rendah lagi mereka ini sering digosipkan bersama. Kalau dah jodoh itulah namanya..
Mereka telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 31 ogos 2001. Alhamdulillah telah dikurniakan 3 orang cahaya mata sepasang heroin dan seorang hero yang comel2 belaka. Anak yang pertama Nur Nabilah 6thn, kedua Nur Najihah 4thn dan ketiga Muhammad Naufal 1thn4bln. Sekarang mereka tinggal di Cheras.

