Lokasi Gathering Reunion Kali Ke-2 2009

sembang2

Tuesday, June 1, 2010

Ismail's Family..



Salam,

Buat pertamanya mohon maaf sangat2 sebab lambat boh gambar family dan info mengenai sahabat kita Ismail b Saadan. Masih ingat lagi kemanjaan dia dulu kan.. tak kurang kawan2 kita ni yang rajin mengusik dia termasuk aku hehe...

Ismail kini tinggal di Taman Sri Kerinau, Kg Paya Pulai, Termeloh Pahang dan telah berumah tangga pada 15.09.2001. Sudah pun bergelar ayah kepada dua orang anaknya Nur Izzati Maisarah Muhammad dan Izzat Mikhail dan Isterinya bernama Robino Sulkasih.

Kira penemuannya di facebook adalah kejayaan kita bersama.. semoga dengan adanya media sosial itu ramai lagi teman2 kita yang masih belum muncul akan menjelma...

Inilah family ismail..

Tuesday, March 16, 2010

Pencarian kami berakhir setelah menemui Shahida Irma



Assalammualaikum,

Buat tatapan semua.. mesti ramai yang tertunggu2 akan kemunculan Shahida Irma teman kita yang telah lama menyepi. Untung juga ada facebook.. akhirnya pencarian kami berakhir juga. Radziahlah yang pada mulanya menemui shahida ni. Gembira betul dapat dengar suara teman kita ni.. Insyaallah kalau dipanjangkan umur shahida akan turut serta reunion akan datang. Erm bila ek nak buat reunion?? Ada lagi teman yang belum kita jumpa cam Azmi, Azman, Radziah dan yang lain2. Harap2 tahun ni jadilah yer perjumpaan kita. Sekurang2nya dapat main bowling sama2 pun kira ok la. Ok cerita pasal shahida ni yang dah pun memunyai cahaya mata perempuan yang kini sudah 7 bulan usianya. Shahida sekarang menetap di Gombak, Selangor dan bekerja di Bahagian Kecemasan, HKL. Kalau ada emegency case bolehlah kot hubungi shahida ni hehe.. Buat shahida.. selamat bersua kembali.. semoga ikatan keluarga 6k ini masih lagi utuh dan berkekalan hendaknya.. Amin..

Saturday, November 14, 2009

Permata Hati Azmi ke-4

Assalammualaikum,

Maaflah kiranya aku sekarang ni agak sibuk dan semakin melupakan blog kita ni.. Bila sahaja dapat tahu Azmi telah menimang cahaya mata lelaki bernama MUHAMMAD HARRIS NAZMI., aku hanya berkesempatan maklumkan di chat box. Bayi ini dilahirkan pada 27 Oktober 2009 seberat 3.2 kg. Kini teman kita Azmi sudah ada tiga putera dan seorang puteri. Ada beberapa gambar ini untuk dikongsi bersama yang diambil dari facebook Azmi.
Azman sebelah kiri.. erm bile lagi nak pegang anak sendiri?? Jangan marah yer..







Sunday, July 26, 2009

Uzailly's Junior

Assalammualaikum kalian,

Di sini ku ingi berkongsi gambar yang ku ambil dari facebook teman kita ni. Sebelum tu tidak terlambat untuk ku ucapkan Tahniah! atas kelahiran cahaya mata yang comel ni. Namanya Uzair Irfan (kalau salah betulkan). Kalau nak tengok gambar yang lain sila lah ke facebook (http://www.facebook.com/home.php#/uzailly?__a=1).

Monday, June 8, 2009

Majlis Persandingan Noorazriyah (Kelas 6C)

Assalammualaikum,

Cuti umum sempena hari Keputeraan YDP Agong yang lalu, memang kita banyak terima jemputan majlis perkahwinan. Di sini aku ingin berkongsi gambar yang diambil semasa kami iaitu aku, Azlina dan Aini menghadiri majlis tersebut. Noorazriyah atau nama timangan Nora adalah rakanku sejak kecil lagi. Ibunya juga pernah menjaga aku dahulu. Kami bersekolah bersama-sama dari Tadika perpaduan, SKKP sehinggalah Sek Men Keb Puterijaya dan berpisah setelah aku bertukar sekolah SMKJ, Beranang di tingkatan lima. Akhirnya temanku ini selamat bergelar isteri orang juga akhirnya. Aku tumpang gembira dan mendoakan kebahagian mereka.

Ada juga teman lain yang kami jumpa rata-rata budak kelas 6C seperti Aishah (mak andam), Linda, Lela, Fatimah dan Amy. Lupa pula ingin mempromosikan rosukmawati budak kelas kita yang memberikan perkhidmatan katering, pelamin dan khemah.

Ucapan tulus ikhlas daripada kami semua "Selamat Penganti Baru dan semoga kekal hingga ke akhir hayat..".

Buat yang tidak berkesempatan untuk menghadiri majlis tersebut, aku kongsikan gambar-gambar ini.