Lokasi Gathering Reunion Kali Ke-2 2009

sembang2

Monday, June 8, 2009

Majlis Persandingan Noorazriyah (Kelas 6C)

Assalammualaikum,

Cuti umum sempena hari Keputeraan YDP Agong yang lalu, memang kita banyak terima jemputan majlis perkahwinan. Di sini aku ingin berkongsi gambar yang diambil semasa kami iaitu aku, Azlina dan Aini menghadiri majlis tersebut. Noorazriyah atau nama timangan Nora adalah rakanku sejak kecil lagi. Ibunya juga pernah menjaga aku dahulu. Kami bersekolah bersama-sama dari Tadika perpaduan, SKKP sehinggalah Sek Men Keb Puterijaya dan berpisah setelah aku bertukar sekolah SMKJ, Beranang di tingkatan lima. Akhirnya temanku ini selamat bergelar isteri orang juga akhirnya. Aku tumpang gembira dan mendoakan kebahagian mereka.

Ada juga teman lain yang kami jumpa rata-rata budak kelas 6C seperti Aishah (mak andam), Linda, Lela, Fatimah dan Amy. Lupa pula ingin mempromosikan rosukmawati budak kelas kita yang memberikan perkhidmatan katering, pelamin dan khemah.

Ucapan tulus ikhlas daripada kami semua "Selamat Penganti Baru dan semoga kekal hingga ke akhir hayat..".

Buat yang tidak berkesempatan untuk menghadiri majlis tersebut, aku kongsikan gambar-gambar ini.